Monday 23 September 2019

Perihal Adik Beradik

Salam blog.

Terajin nak update blog pulak rasa sebab aku taktau nak ceritakan kepada siapa demi menjaga hati semua orang. Kenapa cerita dekat blog. Aku rasa blog ni bukan publish kat mana mana pon. Untuk bacaan akan datang apa yang aku mengarut je kan. So boleh je, bila dah luah luah dekat sini, nanti baca balik boleh la muhasabah lagi. maybe masa aku tulis ni dalam keadaan emosi yang tidak stabil and maybe tak matured pon masa luahkan rasa. tapi atleast ada tempat bercerita.

Just nak cerita perihal adik beradik.

Adik beradik aku ni takramai. Hanya 3 orang sahaja. Semua perempuan. Tetapi kami dibesarkan  menjadi seorang yg keras dan pandai berdikari. Seawal Tingkatan 1 abah hantar kitorang duduk asrama. Jadinya nak tak nak memang kena duduk asrama masa tingkatan 1. Even abah dulu pindah pindah rumah, dia tetap akan cari sekolah yang ada asrama. Felda kan takde sekolah menegah dekat kampung. Tapi ada je bas, aku pernah jela merasa sekolah naik bas. Tapi masa tu kecik sangat. tapi nasib duduk felda, so ada je anak staff lain yg kitorg kawan, dia tolong aku dulu. Sebab semua kena buat sendiri tau. Abah akan anta firstday je. lepas tu pepandai kau lah. Nangis tu nangis jugak la, nak taknak kena hadap. Masa ni selalu fikir, orang lain, anak nangis2 ayah dia keluarkan dari asrama, macam kitorg lagi kena marah. tak pernah merayu suruh keluarkan dari hostel sebab takut sangat kena marah. Abah sangat garang ye dulu. Sekarang je la dia cool sikit sebab anak anak dah besar kan, and dah kawen. So bukan tanggungjawab dia dah nak marah2. Suami masing masing kena tegur la kalau ada buat salah.
Alhamdulillah dengan apa yg dia train anak dia, sampai sekarang ktorang tak pernah lagi bergaduh besar. Masin masing buat hal sendiri, urus rumah tangga sendiri,sampai masa kumpul ramai ramai dekat uma abah borak borak gelak gelak..

Perihal kata ganti nama dalam adik beradik. Aku ingat lagi dedulu kitorg dok terikut orang dok bahasa aku ko dalam adik beradik..Abah dengar kena marah. Dia kabo dalam adik beradik jgn bahasakan aku ko..sebab yg aku perasan dia ngn abang2 dia, dia mmg tak bahasakan ko aku.,.dia guna ganti nama abg saya..tp dengan kakak2 dia, dia guna plak aku ko..hahahapelik pelik. Tapi dia mmg tak bagi kitorg berbahasa aku ko. So kitorg kena cari ganti nama lain la. And dulu akak2 aku pnggil aku adik. sangat aku tak suka orang panggil aku adik. siap nangis kot..sbb pnggil aku adik.  Tapi just nak cerita pasal kata g anti  nama pon memang abah jaga,

Satu lagi isu lepas kua bilik air, mak pesan jangan berkemban kalau dah baligh. Sampai sekarang la semua ikut. Walaupon adab tu nampak macam alah anak beranak adik beradik, takkan tak boleh. tapi lama lama jadi biasa. Sebab bila dah kawen, ade ipar duai kan. So pepandai jaga aurat memasing. 

Akak aku dua2 sangat2 membantu adik dia yg bongsu. Masa kaklong keje dulu, duit taktau nak kemana, ape yang aku mintak semua dia bagi. Dia main bayo je. Sama macam kakngah, mintak belanja, mintak belikan mesti beli. aku jela yg kedekut sikt. Sebab tu rezeki diorg masing2 murah je. Even kaklong tak keje macam dulu tapi dia tak dapat bg duit dia buat bnda lain. Yang paling aku ingat masa aku dalam pantang, even dia ada anak kecik masa tu dia tetap jaga aku, nak ape, buat la something. Ni anak dah besar pon still tolong masak and suap anak aku. Kakngah pon sama jugak. 
Ingat lagi masa abah sakit, kitorg jalankan tanggungjawab memasing tanpa sempat nak gaduh berkira pon. Aku slumber drive dalam gelap gelita tu, kakngah even keje, dia bagi duit kat aku suruh buat ape yg patut. And masa ni aku langsung tak berharap abg ipar teman ke ape, taktau la kenapa. Dah biasa berdikari dari kecik, so bila jadi emergency macam ni semua ambil peranan memasing.

Banyak lagi la nak cerita. Cuma itu sahaja je la yg aku ade masa nak cerita.
Semoga Allah jaga hubungan kami adik beradik even satu hari mak abah dah takde. Semoga semua dapat jumpa di alam yg kekal selamanya..Amin

No comments:

Post a Comment