Friday 4 September 2015

Sabtu

Hai blog.


Tengah keje dihari Sabtu tapi macam boring even banyaaaakkkk keje. My Collegue Isnin cuti pastu Selasa pergi trainig. so aku mereput dekat ofis. Eh takdelah mereput, ada je kerja yang nak disiapkan. 

Eh nak cerita pasal semalam. Semalam kebetulan ada training dekat ofis, semalamnya pun ada jugak. So aku tukang sibuk sebab dept aku pon kena handle training dari luar. Just arrange la bukan as a trainer. Kalau aku trainer aku yang kena pergi training. Eh semalam orang yng terlibat training  tu dari Politeknik Merlimau Melaka. So aku memang uruskan training attendance and tunggulah diorang dekat training floor. Tunggu punya tunggu orang yang pertama keluar dari lif adalah member aku sendiri. Ye member aku sendiri zaman sekolah teknik dulu. Gila terkejut beruk dah rasa. Sampai peserta lain pon sama terkejut tengok kitorang. HAHAHA.

Ni la member aku, dia tengah intern dekat poli tu. Dahla intern tak bagitau sebab aku dok ingat dia dekat Terengganu ada kelas. Hampeh betul Ita ni. hahahha. So aku pon saje nyibuk dekat rooftop tengok Abg Lan terangkan pasal sistem kat atas tu. Aku tukang amek gambar je. So training abis lambat, aku kena tunggu tapi memandangkan kerja aku banyak aku turun je pegi workstation aku.

Balik kerja pun lambat sangat semalam, tepat pukul 5  cik boipren dah mesej cakap suruh balik takpayah nak stay sangatlah sebab bukan ada OT pon. Tapi kerja kena settle dulu sbb kan dah cakap my collegue takda dua hari tu. So kena discuss apa yang patut dulu. An d ade orang baru nak masuk isnin nanti so kena lah belajar brief new staff. Pukul 5.45 cik boipren call lagi tanya bila nak balik , sebab dia hangen aku balik lambat sangat, risau even semalam bawak kete and even ofis sekangkang kera. And akhirnya kau balik pukul 6 lebih call dia cakap nak balik tanpa rasa apa apa pun sebab semalam die dah cakap nak basuh baju ape sume tu kan. Siap pesan kat dia bawak motor elok elok sebab macam nak hujan. Dia pon iyekan jelah sebab memang langsung tak suspek dia datang pon woi.

So aku pon pulanglah, sampai dekat rumah teringat nak beli makanan sebab lapar pulak rasanya, siap beli makan cari parking. Dua round cari parking sebab terlepas lot nak park. Elok je park and nak keluar kete ade motor kat sebelah kete. Dah cuak dah,, takut nak keluar. Tapi fikir belum gelap lagi, tengok la dekat side mirror macam kenal je. Rupanya cik boipren buat SEPRAISSSSS datang tak bagitahu!!!!! sedap die gelakkan aku, B ikut syg round cari parking 2 round tau tadi sambil gelak gelak. Pandai eh buat seprais and menjadi betul. Siap cakap ingat round kali kedua tu nak benti pegi kedai beli roti, rupanya cari parking. HAHAHA. memang terkena aku. Dan rupanya dia dah tunggu aku dari pukul 5 tu dekat area rumah. Padan muka sape suruh tak bagitau kan dah kena tunggu lama.
Btw awak punye seprais tu jadi lah sayang. Lain kali seprais tu jangan lah tangan kosong, bawaklah hadiah ke ape ke. HAHAHAHA.