Friday 4 September 2015

Sabtu

Hai blog.


Tengah keje dihari Sabtu tapi macam boring even banyaaaakkkk keje. My Collegue Isnin cuti pastu Selasa pergi trainig. so aku mereput dekat ofis. Eh takdelah mereput, ada je kerja yang nak disiapkan. 

Eh nak cerita pasal semalam. Semalam kebetulan ada training dekat ofis, semalamnya pun ada jugak. So aku tukang sibuk sebab dept aku pon kena handle training dari luar. Just arrange la bukan as a trainer. Kalau aku trainer aku yang kena pergi training. Eh semalam orang yng terlibat training  tu dari Politeknik Merlimau Melaka. So aku memang uruskan training attendance and tunggulah diorang dekat training floor. Tunggu punya tunggu orang yang pertama keluar dari lif adalah member aku sendiri. Ye member aku sendiri zaman sekolah teknik dulu. Gila terkejut beruk dah rasa. Sampai peserta lain pon sama terkejut tengok kitorang. HAHAHA.

Ni la member aku, dia tengah intern dekat poli tu. Dahla intern tak bagitau sebab aku dok ingat dia dekat Terengganu ada kelas. Hampeh betul Ita ni. hahahha. So aku pon saje nyibuk dekat rooftop tengok Abg Lan terangkan pasal sistem kat atas tu. Aku tukang amek gambar je. So training abis lambat, aku kena tunggu tapi memandangkan kerja aku banyak aku turun je pegi workstation aku.

Balik kerja pun lambat sangat semalam, tepat pukul 5  cik boipren dah mesej cakap suruh balik takpayah nak stay sangatlah sebab bukan ada OT pon. Tapi kerja kena settle dulu sbb kan dah cakap my collegue takda dua hari tu. So kena discuss apa yang patut dulu. An d ade orang baru nak masuk isnin nanti so kena lah belajar brief new staff. Pukul 5.45 cik boipren call lagi tanya bila nak balik , sebab dia hangen aku balik lambat sangat, risau even semalam bawak kete and even ofis sekangkang kera. And akhirnya kau balik pukul 6 lebih call dia cakap nak balik tanpa rasa apa apa pun sebab semalam die dah cakap nak basuh baju ape sume tu kan. Siap pesan kat dia bawak motor elok elok sebab macam nak hujan. Dia pon iyekan jelah sebab memang langsung tak suspek dia datang pon woi.

So aku pon pulanglah, sampai dekat rumah teringat nak beli makanan sebab lapar pulak rasanya, siap beli makan cari parking. Dua round cari parking sebab terlepas lot nak park. Elok je park and nak keluar kete ade motor kat sebelah kete. Dah cuak dah,, takut nak keluar. Tapi fikir belum gelap lagi, tengok la dekat side mirror macam kenal je. Rupanya cik boipren buat SEPRAISSSSS datang tak bagitahu!!!!! sedap die gelakkan aku, B ikut syg round cari parking 2 round tau tadi sambil gelak gelak. Pandai eh buat seprais and menjadi betul. Siap cakap ingat round kali kedua tu nak benti pegi kedai beli roti, rupanya cari parking. HAHAHA. memang terkena aku. Dan rupanya dia dah tunggu aku dari pukul 5 tu dekat area rumah. Padan muka sape suruh tak bagitau kan dah kena tunggu lama.
Btw awak punye seprais tu jadi lah sayang. Lain kali seprais tu jangan lah tangan kosong, bawaklah hadiah ke ape ke. HAHAHAHA.

Tuesday 23 June 2015

Rindu.

Assalamualaikum..


Long time no see. Curi-curi update belog kejap, tetiba rindu dengan blog.
 Rindu semua orang.
Rindu kawan kawan.
Rindu parents tu hari hari takpayah nakcite lah kan.
Rindu kawan kawa, masing masing dah ada life sendiri.
Aku tak salahkan diorang pon sebab aku pon bawa diri dengan life aku sendiri.
Tapi kadang-kadang rindu jugak nak jumpa diorang tu. Nak update cerita baru la konon-kononya.
Lepas ni masing-masing dah ade laki, dah ada family sendiri lagi susah nak jumpa.
Tapi bukan tak boleh  jumpa langsung kheenn.
Tapi just rindu,

Ahhh rindu! Tu je nak cakap!

ook baaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiii

Thursday 5 February 2015

Bila ye?

Assalamualaikum.





Belog dah baru tapi aku malas nak hias sebabbiar lah make it simple jelah. Ye dok. Jadi macam belog lepas. Hias hias tapi lembab so biar jela yang asal ni kan.



Eh nak bagitau aku dah berjaya bukak belog yang lama dah tukar pssword tapi still orang yang hacked tu bolehmasuk and update. Aku dah siap delete dah post post yang lucah tu tapi dua tiga hari aku pegi balik kat blog tu still ade lagi post yang tak sepatutnya. And you know what i found something in my draft that the title of the post cc name of someone. Maybe bukan dia tapi orang lain yang tolong hacked. Oh takpe. Aku nak delete belog tu terus. 


oh okeylah banyak sangat cerita. okbye.

Monday 5 January 2015

Eh dah ada anak buah?



Assalamualaikum



Semalam new year sambut ke? Aku tak sambut pon. Eh tapi memang tak sambut pon sebab menghormati mangsa banjir dan mangsa Air asia tu kan. Tapi bagus jugak tak sambut. Membazir duit and buat bising je kacau orang nak tidur jek! So Alhamdulillah malam newyear takde 'letupan' yang buat aku panas hati.

Eh diam tak diam aku punya anak buah dah masuk 10 bulan. So now I'm introducing my niece untuk dicoretkan dalam garis masa aku ni. Nama di beri Nurairis Syazwana Binti Razaly. Tang nama gaduh dengan kakngah sebab nama hujung dia dekat dekat dengan nama makngah dia. Maksu? Maksu dilupakan. Tapi takpe lah yang penting panggil nama yang depan. So call her AIRIS kadang kadang Ayis tapi kalau mak aku panggil dia wawa sebab masa mula mula dia kuat nangis.




Airis ni so special sebab dia dilahirkan tak cukup bulan. Ingat lagi masa dia lahir dulu terkejut weh bila mak cakap kaklong dah bersalin. Hari dia lahir sama dengan tarikh Ica tunang. Masa tu memang dah plan nak pergi ica tunang but budak ni dah keluar dulu so cancel plan nak g uma ica. Sorry for the inconvenience.

\

Aku panggil Airis ni baby miracles sebab dia boleh survive. Keluar masa dia 24weeks. sangat sangat pra matang. 500g sahaja masa dia keluar mau tak terkejut. Memang first history dalam family dia ni sebab keluar terlalu awal. Masa mula mula dulu aku macam dah lost hope sebab dia tak matang tp dalam hati aku kuat ckp dia boleh survive. Untill then Airis dah balik rumah dah pon dah pandai senyum-senyum gelak gelak.


Boleh tengok kecik dia cemana kan. Puting lagi besar dari dia. Excited dapat anak buah ni sebab yang first kan. Tapi yang first ke yang kedua and seterusnya maksu tetap sayang. Tapi untung Airis ni atok belikan macam macam untuk dia. Masa maksu kecik kecik pon takde stroller tau airis. Kalau airis takdengar cakap atok maksu babap nanti!



 Alhamdulillah dia aktif  sekarang ni. Macam budak kecik biasa just dia lambat lah. Dah 7 bulan tapi macam 3 bulan. So kita bagi can kat dia membesar dengan jayanya. Nanti Airis dah besar tapi nakal maksu ungkit balik macam mana ibu ngn papa susah payah ulang alik dari rumah pergi hospital selama 4 bulan tau airis. I warned you. Kuikuikui ye maksu garang.


Tengok sekarang dia dah bulat. Tapi kapasiti pipi belum sesuai nak cubit kuat kuat sebab belum cukup isi lagi. Tapi dia semakin memberat. Nak pegang lama-lama dah lenguh. Tapi kalau pakcik dia ada memang seronok lah sebab ada orang melayan. Akak akupon suka kalau aku bawak 'babysitter' dari seremban ni. Tapi nak bawak selalupon macam tak elok kan? Takpelah nak wat camna masa tu akan tiba nanti. Insyaallah. 

Ok till then byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.