Tuesday 9 June 2020

Dream House

Assalamualaikum,
Hai Blog yang terbiar, aku harap kandungan blog ni utuk bacaan aku dah tua nanti, akan aku coretkan cerita cerita yang penting dalam hidup aku even kadang kadang lambat aku update. But its ok. 

Now our next step to have our own cribs. Alhamdulillah Ya Allah kau perkenankan permintaan hambamu. Dalam keperitan Covid-19 ni ada manisnya untuk keluarga kecik kami. Loan rumah dah approved on 5/6/2020 and kitorg pegi sign LO dengan bank pada 7/6/2020.

Benda ni start macam ni. Sebelum ni kitorg pernah masuk loan rumah tapi tak approve sebab laki masa tu pakai nama laki aku sahaja. Aku taknak join. Dia nak try market je sebenarnya. And aku tak berkenan nak apply masatu sebab loan yg dia nak try tu rumah apartment. Still parking tempat lain dan rumah kat lain. And aku tak berkenan sebab parkig building lain dan rumah building lain yang tak attached satu bangunan, Pada aku tak berbaloi sebab aku memikirkan aku nak mengangkut anak aku berseorangan dengan beg2 yg banyak.Tapi kena bayar mahal jugak. So aku biarkan laki aku je yg masuk loan. And instinct aku kuat mengatakan loan tu tak lepas and yes tak lepas, agent mintak kitorg join name, tapi aku taknak sebab rumah apartment. So let it be, deposit pon dh dapat so kitorg stop dekat situ je. tak proceed pon and biar jelah kan.

Lepas tu aku pergi riki riki rumah subsale pulak Keinginan aku nak memilik rumah tu memang membuak buak, tapi sedihnya kalau beli subsale kitorg mesti kena ada duit depoit dan kami hanya mengharapkan boleh guna kwsp je. Tapi malangnya, KWSP boleh keluarkan tapi aah booking fee ttp kena bayar sebanyak 3.18% so kitorg mmg takde cash in hand dalam kata lain simpanan tak banyak. Then stop lagi dekat situ.

Dan lastly hikmah PKP, aku riki riki lagi rumah underconstruction area Shah Alam and jumpa satu kawasan rumah ni,dan saje tanya dekat agent tu and dia kata masih available, and boleh booking denagn RM100 sahaja masa PKP ni. Masa ni fikir lagi sebab dok fikir keadaan status kerja kitorg laki bini, adakah salah sorg akan hilang kerja atau apa apa sebarang kemungkinan, and aku convince husband utk letak deposit RM100 . Aku ambik peluang masa kitorg tengah ada simpanan. Sebab kitorg kan meniaga baju and PKP ni dapat jual baju baju kitorg yg tak laku dulu. Manisnya PKP untuk kitorg. So masa tu aku ambik kesempatan untuk convince laki aku untuk teruskan next step.

So aku pon bayar booking seratus hengget yg mmg mampu la nak bayar..tak lama lepas tu, agent bg borang borang bank untuk submit loan and aku teruskan jugak masa bulan puasa and doa banyak banyak semoga dipermudahkan. and taklama lepas tu Maybank call utk furnished mana yang tak complete, sbb developer just bagi doc yg penting utk sig sahaja masa tu, so mungkin ada yg missed out, so org bank mintak details utk isi semula.

Taklama lepas tu bank call untuk verification kitorg dan, Pada hari Jumaat yang Indah, org bank Whatsapp cakap loan kitorg dah approved. Masa tu tak tau nak lompat ke nak apa. Hanya Allah tau perasaan aku, and cepat cepat forward dekat husband. and yess we are happy.

Then buat appointment dengan org bank untuk sign Letter Offer. dan selesai dah part kitorg signed LO. tinggal nak dapatkan S&P je lepas ni. dan akhirnya berjaya la jugak kami submit loan dan loan approved,


Alhamdulillah dipermudahkan urusan urusan kami, just sekarang kena stby duit jela hahaha nak kena bayar progressive interest and harapnya semua dipermudahkan, Impian nak beli rumah sendiri pada umur 30 tahun dipermudahkan. Alhamdulillah,



nanti sambung progress lagi.