Friday 29 April 2016

It's My Birthday

Salam,

Hariini genap lah 26 tahun tapi sweet 20 lagi. Ngehngehngeh, Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang sangat baik. Sakit sikit-sikit tu biasalah. Dugaan la tu.

Pakwe bagi ucapan tahun ni tettttttt RAHSIA. Taun ni mintak bunga kat cik abang. Memang mintak pon sebab rasa dah lama takdapat bunga. Last dapat masa duduk Seremban dulu. Setiap minggu beli bunga sama-sama even beli sendiri. Alhamdulillah pakwe takpernah kedekut and always make me happiest girl in the world.


Semoga dapat menjalani kehidupan yang baik - baik dan bahagia ye yunk. Takde apa yang saya nak selain awak disisi. You are my superhero after my dad. Selalu ada time mintak tolong.

Oh arini tetiba tergerak hati nak msg dengan membe masa UITM. An at the same time dapat berita baik dari dia. Alhamdulillah dear. Dengar berita baik rasa nak nangis bersyukur. Dia ni salah sorang membe yang kitorg jarang borak tapi when comes to ada berita penting memang selalu share macam dulu-dulu. Tetiba aku rindu kawan aku sorang ni. Takpe nanti kita jumpa. Insyaallah.

Oklah tu je nak cite. nak sambung keje ni.

Alhamdulillah.. I'm currently upgrading my status

Assalamualaikum blog,


setahun sekali baru kita berjumpa agaknya. Tapi nevermind, sebab aku coretkan benda-benda penting yang aku boleh refresh bila baca balik.

Now i am tunangan orang. Officially lah kiranya. Dengan persetujuan our parents, asalnya aku taknak tunang tunangni sebab aku nak nikah je terus, tapi bila fikir balik, tunang jelah sekali seumur hidup nak rasa dugaan tu. Aku pon sebenarnya takut pasal dugaan tu lah kalau boleh nak elak semua tu. Tapi takpelah Insyaallah semuanya ok.

Sebelum tunang, cik pakwe dah banyak bagi nasihat betulkan apa yang tak betul. And aku boleh terima dan mengalah. Sama-sama mengalah. Masa nak mulakan relationship dulu MasyaAllah susah sangat sampai rasa nak give up. But finally we did it. Sama-sama dah matang and sama-sama boleh fikir. Boleh nampak perubahan tu.  

Ok lah, diikat pada 12/3/2016 sebab ni tarikh pilihan abah ganu, pukul 12tghari pilihan abah melaka. Abah ganu nak sangat kitorang tunang, sebab takut kitorang ni main main je bercinta. Hahaha yang itu lawak. Abah aku nak majlis before zohor la sebab biar orang datang makan tengahari. Alhamdulillah majlis went well.

Mak andam datang lewat masa ni  sebab sesat. Tulah tak study rumah customer kat mana, datang pukul 10.30. Kalau dah make up confirm la amek masa lama kan. Tengah make up aku tanya akk tu aksesori ada ke? Dia cakap tak bawak and cakaplah dah bayar deposit sume tu pastu cakap alamak macam mana eh, haaa time ni aku bengang, nasib mak sedara ada and dia boleh tolong amekkan kat sana. tapi aku boleh senyum lagi lah sebab malas nak fikir dah. And finally make up done and cantik hasilnya.

Siap je make up rombongan laki sampai, masa ni berdebar takpayah cakap. Dah la aku sorang-sorang takde peneman, tapi ada maksedara standby lah teman bagi q suruh keluar.Habis diorang borak mak sedara suruh keluar. Masa keluar tu gila malu sebab jadi tumpuan orang ramai kan rasa macam oh my god, malu nyaaaaaa tuhan saja yang tahu. Mama datang sarung cincin and finally kena ikat dah. 

Jemputan memang takramai sebab memang nak buat kecil-kecilan sahaja untuk family je. Tak jemput orang luar pon. Tapi aku saje nak make up over sikit sebab aku tak pandai make up.Tapi make up tu puas hati even ada miscommunication sikit pasal aksesori. pakai make up pon kejap je sebab tak bergambar sangat pun. Macam lawak pon hadoo sebab beria nak make up, nasib tak tempah mini pelamin sebab cik pakwe offer pasal pelamin tapi aku macam rasa takpayah la membazir. Kitorang DIY je pakai apa yang hado jeee, Hasil adik beradik 3 orang ni je yang tangan keras.

Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan hope semuanya ok dan kitorang kuat mengahadapi dugaan yang mendatang. Lepas tunang je mak suruh pegi kursus kawin cecepat, Yeaayyy!! dah nak kawen dah kila ni even umur pon macam dah lanjut je rasa. Tapi semua aturan dari-Nya so kita teruskan berdoa agar dapat rahmat dari-Nya. Amin