Monday 5 January 2015

Eh dah ada anak buah?



Assalamualaikum



Semalam new year sambut ke? Aku tak sambut pon. Eh tapi memang tak sambut pon sebab menghormati mangsa banjir dan mangsa Air asia tu kan. Tapi bagus jugak tak sambut. Membazir duit and buat bising je kacau orang nak tidur jek! So Alhamdulillah malam newyear takde 'letupan' yang buat aku panas hati.

Eh diam tak diam aku punya anak buah dah masuk 10 bulan. So now I'm introducing my niece untuk dicoretkan dalam garis masa aku ni. Nama di beri Nurairis Syazwana Binti Razaly. Tang nama gaduh dengan kakngah sebab nama hujung dia dekat dekat dengan nama makngah dia. Maksu? Maksu dilupakan. Tapi takpe lah yang penting panggil nama yang depan. So call her AIRIS kadang kadang Ayis tapi kalau mak aku panggil dia wawa sebab masa mula mula dia kuat nangis.




Airis ni so special sebab dia dilahirkan tak cukup bulan. Ingat lagi masa dia lahir dulu terkejut weh bila mak cakap kaklong dah bersalin. Hari dia lahir sama dengan tarikh Ica tunang. Masa tu memang dah plan nak pergi ica tunang but budak ni dah keluar dulu so cancel plan nak g uma ica. Sorry for the inconvenience.

\

Aku panggil Airis ni baby miracles sebab dia boleh survive. Keluar masa dia 24weeks. sangat sangat pra matang. 500g sahaja masa dia keluar mau tak terkejut. Memang first history dalam family dia ni sebab keluar terlalu awal. Masa mula mula dulu aku macam dah lost hope sebab dia tak matang tp dalam hati aku kuat ckp dia boleh survive. Untill then Airis dah balik rumah dah pon dah pandai senyum-senyum gelak gelak.


Boleh tengok kecik dia cemana kan. Puting lagi besar dari dia. Excited dapat anak buah ni sebab yang first kan. Tapi yang first ke yang kedua and seterusnya maksu tetap sayang. Tapi untung Airis ni atok belikan macam macam untuk dia. Masa maksu kecik kecik pon takde stroller tau airis. Kalau airis takdengar cakap atok maksu babap nanti!



 Alhamdulillah dia aktif  sekarang ni. Macam budak kecik biasa just dia lambat lah. Dah 7 bulan tapi macam 3 bulan. So kita bagi can kat dia membesar dengan jayanya. Nanti Airis dah besar tapi nakal maksu ungkit balik macam mana ibu ngn papa susah payah ulang alik dari rumah pergi hospital selama 4 bulan tau airis. I warned you. Kuikuikui ye maksu garang.


Tengok sekarang dia dah bulat. Tapi kapasiti pipi belum sesuai nak cubit kuat kuat sebab belum cukup isi lagi. Tapi dia semakin memberat. Nak pegang lama-lama dah lenguh. Tapi kalau pakcik dia ada memang seronok lah sebab ada orang melayan. Akak akupon suka kalau aku bawak 'babysitter' dari seremban ni. Tapi nak bawak selalupon macam tak elok kan? Takpelah nak wat camna masa tu akan tiba nanti. Insyaallah. 

Ok till then byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.