Sunday 8 December 2019

career ku

Dahlama dah nak cerita pasal benda ni. Cerita pasal kerjaya aku. okay back to 10years ago, aku graduated in BBA Major in HR. After konvo tak macam aku harapkan, kengkonon habis kerja aku terus dapat kerja. Dengan aku masa belajar tak fikir for future (ohh sebab ada kawan kawan yg final sem dah start baling resume dekat company2 yg diorg nak kerja). Ynag aku konon nak rehatlah sekejap. salah ye adik adik. kalau ade peluang sila lah cari kerja cepat cepat. Kengkonon dulu kalau tak dapat kerja mana2 aku nak sambung belajar. Itu matlamat aku. Tapi bila dah habis degree aku rasa nak kerja sebab nak bayar PTPTN! yaaa hutang belajar kena bayar ye. jangan culas! kesian generasi akan datang takde funds untuk diorang. Fikir anak anak kita nanti ye. Sebab sekarang pon tengah fikir macam mana nak cari funds untuk anak belajar nanti.
Okay, back to our topics! aku punya kerjaya bukan lah start dengan apa yg aku belajar. Sebab aku rasa dulu aku macam salah pilih tempat intern.Tak pilih betul betul, and fikir pasal elaun tinggi je. padahal elaun tu kalau aku keje dekat dengan family aku pon dah cukup dah. But its okay. past is past and jalan dia macam tu, kalau tak mesti aku tak jumpa husband aku and dapat anak bijak macam Irfan tu. Aku intern dekat shopping mall, bukan management tapi more to management trainee kot. so, lepas habis intern aku saja je pergi jobsfair by jobsmalaysia dekat melaka, and HR dekat situ aku baik dengan dia. dia pujuk aku apply and sebab takde keje lagi, aku pon accept la. Dulu tak boleh nak memilih, nak kerja punya pasal, aku accept the offer. keje lah aku sebagai Customer Service Supervisor. Yes, tak semua orang suka kerja sebagai CS tapi aku redah jela..hahaha.
So keje lah aku sebagai CS diam tak diam setahun jugaklah aku kerja. masuk pagi balik malam, shift kan. so merasa lah jugak keje shift tu. masa ni paling best sebab metabolisma aku tinggi, then even aku makan banyak mana pon tetap taknaik badan. So merasalahkurus masa ni. kurus sangat sangat. Mkakan malam pastu tido pon takde hal. Memang kurus keding masa ni. Masa ni aku baik gak ngn HR dekat tempat keje tu, siap suruh dia adjust aku masuk HR tapi dia tak bagi sebab HR gaji masa tu kecik sgt. aku kena ot atau kena bantu cashier kalau nak extra  money. so malas nak pegang banyak keje. baik aku keje satu tempat je. Masa aku pegang position tu rasa down jugak la sikit. Bukan tak bersyukur tapi terfikir kenapa aku keje shopping mall je, aku nak keje dalam bidang aku sendiri. mula mula macam malu jugak manatau jumpa kawan kawan lama kan, sebab kita kat sekolah dulu disegani jugak end up keje shopping mall. pemikiran budak budak sangat masa tu dan tak bersyukur. Jangan tiru lah this thought! Dah nak hampir setahun, membe aku Asma ajak join MAHB as a trainee. join training program under SL1M yg femes tok najib perkenalkan. aku tak apply pon tapi diorg ajak jugak join. Kira macam masuk ikut cable lah sebab aku Seman ni bgtau PIC and aku masuk je lepas tu. Masa tu aku cabut je dari Parkson and join diorg. ofkos dpt support dari parents aku. And masa tu aku ada exbf lah (ok just nak cerita je tak simpan rasa syg tu dah) masa tu dia langsung tak bagi aku pegi sebab nanti jauh lah konon nya. Tapi aku berkeras sebab aku taknak keje shopping mall lagi masa tu. kau bagi ke tak bagi ke memang aku nak pergi asalkan aku dapat support dari parents aku. macam macam dia takotkan aku, boleh ke aku drive dekat highway. Yes masa tu memang first time aku drive naik highway weh, memula tu takot jugak sebab rasa melayang je. yelah sebelum ni aku legend jalan kampung je. so ni naik jalan bandar. but benda tu tak patahkan semangat aku pon masa tu. aku tekad aku nak pergi jugak. So disinilah aku start keje ofis walaupon bukan betul2 ofis pon. sebab duduk site office yg bukan perlukan corporate attire. so its ok janji aku dapat kerja yg aku nak iaitu keje ofis walaupon masa tu main main je. sebab site ofis kan, bukannya keje HQ. and department tu poon nak tutup dah sebab projek pon dah nak siap. masa tu baru aku tau adanya KLIA2, sebab dept ni lah yg dipertanggungjawabkan untuk pastikan semuanya ok sebelum guna airport tu. so bangga jugak lah. dan bertahanlah 6 bulan aku sekat situ. tapi aku tak apply pon kerja dekat situ sebab aku ade anti dengan sorg org HR ni sebab dia kabo aku belum sesuai lgi nak apply keje kat situ. so aku mmg anti betul dengan dia. dia kan tolong org yg dia nak tolong je. siap bg tips, bagi buku masa interview. tp aku rasa budak tu dapat sebab recommendation dari dia jugak. so biar je. but now rasanya boleh dah kot nak apply sebab dia dah pindah Sabah.
Habis je kontrak 6 bulan aku balik melaka semula. Tapi sebelum balik tu aku memamng tgh struggle campak resume aku sekitar kawasan nilai dan seremban. hmmm sebab masa ni aku kenal dengan sorg mamat ni yg baik. tap he deserve better than me. then sebelum kemas kemas tu aku dapat call untuk interview. so pergilah interview dekat seremban yg taktau dpt ke tidok..sbb bg aku kalau aku dapat mana2 offer aku accept je dlu, sebab masa tu aku fikir he is the one yg aku cari dan nak. so aku tetap akan terima offer dikawasan sekitar. and masa tu aku terikat jugak ngn dak beng tu, tapi masa tu aku memang dah lama tawar hati dengan dia. BUkan sebab aku dah ada yg lain, sebab dengan dia ni aku memang tak berharap sbb kitorg tak declare apa2 pon. once aku balik melaka kitorg totally lost contact. dia terus tak contact aku. sedih tu memang sedih. sedih sangat sangat. tapi kalau dah bukan jodoh kan. just let him go.
Lepas raya aku dapat call dari satu kompeni yang offer aku untuk kerja. Maka seronoklah aku kononnya this is the time nak betulkan mana yang tak betul ngn org tu. So pergilah aku report duty kat situ sebagai admin clerk. company tu baru sangat sangat. senang kata cmpany baru set up. dengan KWSP SOCSO LHDN semua baru register. bukannya semua dah ade kan. so masa tu masuk kje pon banyak main, sebab takde keje pon. cmpny base projek buat facility management tapi at the end takde projek, no point. nonsense! tapi bertahanla 6 bulan lebih kot dengan cmpny ni. macam gaji buta la, nothing we do. buat keje yang ntah pape. hari2 datang keje bukak facebook, bukak youtube. dengan bos selalu cek CCTV tengok kitorg buat apa, sebab dia pon tak tau nak buat ape. Masa ni kitorg enjoy sebab hubungan sesama officemate tu best gila. best sangat sangat. tak pernah ade colleaguemate yg macam ni. so seronoklah. Apa2 gerak dengan diorg. sebab aku ni emmang seorg yg gerak solo asalkan aku ada kenderaan dan duit. macam masa mula mula dulu, dengan rumah yang tak ada lagi nak menginap tu, baju2 dalam kete lagi sebab memang takk jumpa rumah sewa lagi masa tu. dah keje sehari baru lah ada jumpa rumah. masa ni big thanks dekat seman lagi.huhuhu. kalau aku dulu memang aci redah je. sebenarnya sebelum tu aku ada turun jugak seremban dengan membe aku nak cari rumah tapi masa tu ada misi lain. ehh tu nanti lah aku cerita lain. atau tak payah cerita pon takpe, biar aku je simpan elok elok sebagai kenangan aku. and kat seremban lah aku jumpa laki aku, Allah nak temukan kitorg kan. jodohnya kat situ. oh ye cerita pasal kerjaya ye. so masa ni kerja ntah apa apa mengharapkan cmpny ada projek dan kitorg dapat keje lama lah dekat situ, penuh pancaroba uolss. sampai polis datang atas sebab kitorg ugut, padahal tak ugut pon. dengan gaji tak masuk, tapi suruh makan dekat cafe bos. so mada lah punca makan tu. masa tu ok lagi sampailah bos jumpa kitorg, saya nak awak semua cuti tanpa gaji sehingga diberitahu. masa tu sedih jugaklah. means macam dah kena berenti lah kan. jobless again.. dalam masa yg sama suami aku dah dapat kerja lain dah lepas tu. so rezeki. Alhamdulillah. aku pon jobless balik melaka semula duduk dengan parents. dalam masa yg sama jugak aku cari jugak keje dekat jobstreet. laki aku pon siap applykan keje sampai lah sangkut interview dekat FFI.
Masa nak pergi interview, laki aku tunggu dekat PJ, aku pergi iv utk first iv, lepas iv jumpa cik suami kejap and balik. masa ni macam yakin akan dapat keje tu tapi tetap kena balik. and yang bestnye masa nak otw balik rasanya baru sampai dekat senawang phone aku bunyik, cmpny tu call untuk datang for 2nd iv. Alhamdulillah. tapi masalahnya aku dh halfway, kalau nak pusing balik pon segala pakaian pon aku tak bawak. so aku teruskan jela perjalanan aku. pergilah aku interview kali kedua esoknya. jumpa dengan ED masa tu. and dia cakap aku more to admin job, padahal masa tu mmg ade vacant yg urgent utk position tu and dalam masa yang sama HR ada kosong jugak. tapi aku cakaplah aku accept kalau dia bagi aku HR punya position. and suprisingly, masa report duty tu ada dua orang HR, macam terkejut jugak kenapa nak pakai sampai dua padahal staff bukan ramai pon. so dia kambing hitamkan aku untuk letak dekat job yg tengah urgent cari orang tu. tapi dia saje letak aku under HR. pelik lah mula mula tu tapi aku fikir aku dah bayar deposit bilik, bukan nya murah so kena teruskan jugak lah kan, dia bagi kerja pastu nak cepat. siap tanya dah call tk, ehh aku baru 1st day tau. bukannya dah lama keje. tapi aku sabar je, sebab mission aku nak keje nak dapat experience keje sebagai HR dan nak kawen cepat. hahahaha. gaji yg diorg offer pon kecik yeeee kalau di PJ tu . they offerred me below 2k tau masa tu. Tapi aku accept je offer tu. ohhh taklama lepas tu HR yg lagi sorg tu dia berenti. abscond sebab dia rasa dia kena tipu dengan company tu. Maybe sebelum tu dia pernah keja dengan big company, so dia rasa company tu cikai la..dengan gaji rendah kan. Sp dia abscond dan aku take over tempat dia. Kerja lah aku hampir 3 tahun lebih dengan company ni. Dari zaman bujang, bertunang, kawen dan sampai ada anak sorang. Lpeas ada anak aku pernah seek for others peluang la sebab dah ada anak..gaji ko memang kecik masa tu. memang mencungap la nak cover even dua2 kerja kan. So aku dapat called utk interview dekat kota kemuning. interview went well and aku dapat offer dekat situ. Tapi masa call dia kabo jawatan ni kontrak, tapi benefit sama macam permanent dapat. Tapi cara dia tu macam sambil lewa la, macam benda tu dah biasa bagi dia, tpi tak biasa lah bagi aku. bila fikir balik kontrak ni position dia tak secure la, anytime ko kne kick tanpa belas kasihan. Tapi sebab nak tukar kerja aku accept je, and sebab aku nak tukar management. aku dah boring dengan kerja dekat situ. Pastu tibalah masa proses pujuk memujuk dengan bos aku, soalan first dia tnya aku ' you stress ke?' masa tu memang stress pastu diorg counter offer yg nak kata memang tinggi sgt dari current basic masa tu, lepas bincang bincang dengan husband, husband suruh stay, sebab dia kabo susah nak dapat gaji gitu kalau tukar kerja. sebab company yang baru ni pon tak offer setinggi tu lah, so aku kembali berkhidmat macam biasa. Dalam masa yg sama, aku still aktif apply dekat jobstreet. sampai lah satu masa, masa tu aku ngn laki aku dua2 cuti and masa tu nak bukak akaun bank utk anak aku, and masa yg sama ada cmpny call untuk interview. Phone call interview pastu dia ajak untuk datang interview.

Pastu pergilah aku interview, 1st interview lepas, dia panggil untuk 2nd interview. and Alhamdulillah rezeki anak, aku lepas and di offer kerja dekat tempat sekarang ni. So compnay sekarnag ni, buat masa ni alhamdulillah even biasalah kau dapat company terbaik macam mana pon orang still tak reti nak bersyukur. Semua tak cukup. Semua nak komplen sebab semua benda dah disediakan. diorang rasa masih tak cukup. bagi aku kompani ni terlampau amalkan sikap demokrasi. everything kena tanya dulu employee baru boleh buat keputusan. tak boleh nak buat keputusan sendiri. Tapi tengoklah macam mana sebab aku taktau berapa lama aku boleh bertahan dengan company sekarang ni. Aku mengharapkan semuanya berjalan lancar dan kalau ada peluang aku nak join company besar and aku nak kerja sampai pencen kat situ.